BANCUH AIR
Teringat pesanan seorang sahabat yang aku pernah kenal
masa lepak di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Banyak kali
dia pesan pada aku.
Namanya Maulana Jalaluddin, biasa kami panggil Maulana..
Dia seorang penghafaz Al-Quran..
Dia selalu ingatkan aku kalau nak bancuh air pastikan
gula masuk dulu dan air yang paling akhir.
Ini bagi mengelakkan air yang dibancuh menjadi najis
dalam kita tak sedar.
Biasanya kebarangkalian yang tinggi nak jumpa semut
adalah dalam gula.
Jadi kalau lepas masuk gula awal dan air akhir, kita
jumpa semut..just buang je semut tu dan airnya boleh
diminum.
Tapi kalau masuk gula akhir dan kita nampak semut, maka
air itu dikira najis.
Sekali pernah ada air kacang soya yang dah sejuk dan
dipenuhi dengan bangkai semut dalamnya, lepas dia tapis
semut dan buang dia pun minum air tu sebab katanya bukan
kita yang memasukkan semut tu air tadi tak kira najis
melainkan kita yang memasukkan bangkai semut tu.
Sebab tu mungkin kadangkala kita susah nak belajar atau
khusyuk dalam beribadah atau huru-hara masyarakat islam
hari ni dan mungkin perkara ni pun salah satu puncanya.
Aku pun tak berapa arif tentang perkara ni, kalau ikut
pun takda masalah...
kalau tak bersetuju boleh rujuk kepada orang lain yang
lebih arif atau pergi sendiri berbincang dengan Maulana
di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan..AWAS! Jangan pi jumpa
Maulana di UPM pulak.
NOTA KAKI
1. Masa masih ada untuk Cpol beli kamera digital yang
lebih canggih.
2. Jangan lupa pakai keris masa kenduri nanti.
3. Punca utama grafik tidak baik adalah kerana Cpol
tidak memakai seluar askar!