Catatan Seorang Ayah

Macamana aku buat pada cikgu dulu, mungkin macamtu atau lebih pada tu aku kena...

Wednesday, August 03, 2005

 
 
Menghantar & Dihantar.

Aku baru saja pulang ke Bagan Serai bersama-sama ahli keluarga yang lain MENGHANTAR Pak Long yang berusia 87 tahun aku ke kubur.

Beliau telah meninggal dunia pada pukul 10 malam tadi, selepas jatuh tertiarap pada jam 5.30 petang semalam.

Yang pasti lepas ni aku juga akan DIHANTAR ke sana, cuma taktau bila dan di mana? Itupun belum pasti mayat aku diiringi orang atau tidak.

Yang pasti juga ialah aku takkan mampu membawa bersama segala harta dunia melainkan amalan sahaja.

Al-fatihah untuk roh beliau..moga-moga dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama para solehin..

NOTA KAKI
1. Banyak juga aku pernah mengumpat pak long aku ni dan bajet nak mintak maaf masa hari raya nanti...rupanya Allah dah jemput dia lebih awal.
 

 

Wednesday, July 27, 2005

 
 
BANCUH AIR

 
 
 
 
 
 

Teringat pesanan seorang sahabat yang aku pernah kenal masa lepak di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Banyak kali dia pesan pada aku.
 
Namanya Maulana Jalaluddin, biasa kami panggil Maulana..
Dia seorang penghafaz Al-Quran..

Dia selalu ingatkan aku kalau nak bancuh air pastikan gula masuk dulu dan air yang paling akhir.
 
Ini bagi mengelakkan air yang dibancuh menjadi najis dalam kita tak sedar.
Biasanya kebarangkalian yang tinggi nak jumpa semut adalah dalam gula.
 
Jadi kalau lepas masuk gula awal dan air akhir, kita jumpa semut..just buang je semut tu dan airnya boleh diminum.
 
Tapi kalau masuk gula akhir dan kita nampak semut, maka air itu dikira najis.

Sekali pernah ada air kacang soya yang dah sejuk dan dipenuhi dengan bangkai semut dalamnya, lepas dia tapis semut dan buang dia pun minum air tu sebab katanya bukan kita yang memasukkan semut tu air tadi tak kira najis melainkan kita yang memasukkan bangkai semut tu.

Sebab tu mungkin kadangkala kita susah nak belajar atau khusyuk dalam beribadah atau huru-hara masyarakat islam hari ni dan mungkin perkara ni pun salah satu puncanya.
 
Aku pun tak berapa arif tentang perkara ni, kalau ikut pun takda masalah...
kalau tak bersetuju boleh rujuk kepada orang lain yang lebih arif atau pergi sendiri berbincang dengan Maulana di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan..AWAS! Jangan pi jumpa Maulana di UPM pulak.
 

NOTA KAKI
1. Masa masih ada untuk Cpol beli kamera digital yang lebih canggih.
2. Jangan lupa pakai keris masa kenduri nanti.
3. Punca utama grafik tidak baik adalah kerana Cpol tidak memakai seluar askar!